Tuesday, 26 February 2013

Amali 3: Pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian(JSU)

AMALI 3

Bab 3: Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

Tugasan amali : Menetapkan Jadual Pengagihan Soalan dan seterusnya membina Jadual Pengagihan Soalan

Langkah 1: Rujuk tajuk serta topik yang telah diajarkan kepada murid. Tetapkan kuantiti soalan berdasarkan pemberatan iaitu fokus topik yang diajarkan kepada murid.

A. JADUAL PENGAGIHAN SOALAN


Bahasa malaysia tahun 4 jps from Irsyad Isa



 Langkah 2: Bina JSU berpandukan JPS yang telah dibina. Soalan yang akan dibina perlulah dibahagikan mengikut aras Taksonomi Bloom iaitu mudah( Aras 1 dan 2), sederhana( Aras 3 dan 4) dan sukar( Aras 5 dan 6).

B. JADUAL SPESIFIKASI UJIAN


Amali 2: Bina Soalan BM berpandukan Taksonomi dan Domain

AMALI 2

Bab 2: Taksonomi dan Domain

Tugasan Amali: Membina soalan Bahasa Melayu mengikut aras Taksonomi Bloom dan domain.

 




Rujukan: 

Amali 1 : Mengumpul dan membincangkan kertas ujian bulanan, semester dan akhir tahun.

AMALI 1 

Bab 1: Pengertian dan Konsep

Tugasan Amali: Mengumpul dan membincangkan kertas ujian bulanan, semester dan akhir tahun.

 A. UJIAN BULANAN:


 

Soalan pertengahan tahun 3 from syanasuhaimi


C. UJIAN AKHIR TAHUN:

 


Bahasa Melayu Tahun 2- ujian akhir from cikgu paklong

ULASAN BERDASARKAN UJIAN BULANAN, PERTENGAHAN DAN TAHUNAN:
  • Setiap ujian yang disediakan perlulah mencakupi apa yang telah dipelajari oleh murid. Sebagai contoh, apabila guru ingin membina ujian bulanan dia perlulah memastikan soalan yang dibina tidak melebihi apa yang telah diajarkan dalam masa sebulan.
  • Soalan yang dibina juga perlulah merujuk kepada Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu dan mengikut tahun murid. Guru perlulah memastikan soalan yang dibina menepati sukatan dan dapat mencapai objektif pembelajaran yang telah ditetapkan.
  • Soalan yang disediakan boleh dibina dalam bentuk soalan objektif dan subjektif. Kedua-dua jenis soalan ini mempunyai kelebihan masing-masing kerana dapat menguji kefahaman murid dengan baik.
  • Kesemua ujian dapat menguji kefahaman murid dan pengetahuan sedia ada mereka. Oleh itu, disamping menjawab soalan murid juga dapat mempelajari sesuatu daripada kesilapan yang dibuat sewaktu guru memeriksa jawapan bersama-sama.
AMALI 2<< Klik sini