Wednesday 27 March 2013

Amali 12: Nota ringkas berkaitan pengalaman pembelajaran di bilik darjah.

AMALI 12


Tugasan amali : Nota ringkas berkaitan pengalaman pembelajaran di bilik darjah.

               Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana kuliah bagi kursus BMM 3103 iaitu Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Sepanjang kursus ini dijalankan saya telah dibimbing oleh dua orang pensyarah iaitu Encik Bukhari bin Shafie dan Tn. Hj. Alias bin Sidek.

                Sepanjang pembelajaran di bilik darjah saya telah mempelajari pelbagai ilmu baru terutamanya tentang pentaksiran Bahasa Melayu. Pentaksiran di sini boleh juga membawa maksud penilaian atau pengujian dan juga pengukuran. Oleh itu, melalui subjek ini saya selaku bakal guru dapat mengetahui sejauh mana kemahiran bahasa bagi seorang murid.

                Sewaktu kuliah, pensyarah telah memberikan penyampaian pengajaran dengan sangat professional. Mereka telah memberikan maklumat dengan teknik pembentangan slide powerpoint dan juga soal jawab. Selain itu, saya juga mempelajari tentang aspek pentaksiran bahasa melalui aktiviti amali yang telah dijalankan. Aktiviti amali yang dijalankan amat menarik minat saya tentang kursus ini. Antaranya saya dapat belajar cara-cara untuk menilai kemahiran seseorang terutamanya murid untuk bersajak. Aspek-aspek penilaian seperti kemahiran mendeklamasikan sajak, nada suara, gerak badan dan lain-lain lagi perlulah diambil perhatian sewaktu menjalankan penilaian.

                Selain itu, aktiviti-aktiviti lansung yang dijalankan seperti membina pantun dan sajak juga dapat menajamkan pemikiran saya untuk bertindak cepat. Selain itu, kami juga dapat melihat bagaimana pensyarah menilai kemampuan atau kemahiran bahasa kami.

                Secara keseluruhannya pembelajaran di kelas telah memberikan pelbagai pengalaman yang menarik dan dapat membantu saya memperoleh ilmu mengenai kursus tersebut.

 

No comments:

Post a Comment